Pusat Penyerahan Terbitan Negara Pusat Penyerahan Terbitan Negara ditubuhkan dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331). Pusat ini bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penguatkuasaan akta tersebut dalam usaha membina Koleksi Negara iaitu koleksi bahan yang diterima dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331). Hubungi kami:- Pusat Penyerahan Terbitan Negara Aras 2, Anjung Bestari, 232, Jalan Tun Razak 50572 Kuala Lumpur Tel :603-2687 1940/1942/1772/1941 Faks: 603-2693 7235 Laman web: http://www.pnm.gov.my Email: pptn@pnm.gov.my Penerbit disyaratkan untuk menyerahkan semua bahan perpustakaan yang diterbitkan di negara ini kepada Pusat Penyerahan Terbitan Negara. Seksyen 4(1) memperuntukkan supaya 5 naskhah bahan bercetak diserahkan dalam masa 1 bulan dari penerbitannya untuk buku dan 1 minggu bagi terbitan bersiri, sementara Seksyen 4(2) memperuntukkan supaya 2 naskhah bahan tidak bercetak diserahkan dalam m