Mengenai Pusat Penyerahan Terbitan Negara.

Pusat Penyerahan Terbitan Negara
Pusat Penyerahan Terbitan Negara ditubuhkan dibawah Akta  Penyerahan  Bahan  Perpustakaan 1986 (Akta 331). Pusat  ini bertanggungjawab sepenuhnya  terhadap penguatkuasaan akta tersebut dalam usaha membina Koleksi Negara iaitu koleksi bahan yang diterima dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331). 

Hubungi kami:-

Pusat Penyerahan Terbitan Negara
Aras 2, Anjung Bestari,
232, Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur

Tel :603-2687 1940/1942/1772/1941
Faks: 603-2693 7235
Email: pptn@pnm.gov.my

Penerbit disyaratkan untuk  menyerahkan semua bahan  perpustakaan yang diterbitkan di negara ini kepada Pusat Penyerahan Terbitan Negara. Seksyen 4(1) memperuntukkan supaya 5 naskhah bahan bercetak diserahkan dalam masa 1 bulan dari penerbitannya untuk buku dan 1 minggu  bagi  terbitan bersiri,  sementara Seksyen 4(2) memperuntukkan supaya 2 naskhah bahan tidak bercetak diserahkan dalam masa 1 tahun dari penerbitannya.

Tertakluk kepada Seksyen 4(3), penerbit yang gagal menyerahkan bahan perpustakaan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu sahaja)

Pendaftaran Bahan
Bahan perpustakaan yang diserahkan  kepada Pusat  Penyerahan Terbitan Negara didaftarkan dan butiran mengenai bahan disenaraikan dalam Bibliografi Negara Malaysia yang diterbitkan atas talian oleh Perpustakaan Negara Malaysia.Perangkaan mengenai bilangan judul yang diterbitkan mengikut pembahagian perkara, tahap pembacaan dan bahasa disediakan bagi kegunaan dalam dan luar negara.

Comments

Popular posts from this blog

Kaunter Serahan