Posts

Showing posts from March, 2018

Kaunter Serahan

Image
    Ini merupakan kaunter serahan yang terdapat di Pusat Penyerahan Terbitan Negara di bawah Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia.  Petugas yang bertanggungjawab perlulah menyerahkan Borang Akuan Penerimaan kepada penerbit apabila 5 naskhah bahan bercetak atau 2 naskhah bahan tidak bercetak diserahkan di kaunter serahan.

Mengenai Pusat Penyerahan Terbitan Negara.

Pusat Penyerahan Terbitan Negara Pusat Penyerahan Terbitan Negara ditubuhkan dibawah  Akta  Penyerahan  Bahan  Perpustakaan 1986  (Akta 331). Pusat  ini bertanggungjawab sepenuhnya  terhadap penguatkuasaan akta tersebut dalam usaha membina Koleksi Negara iaitu koleksi bahan yang diterima dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331).  Hubungi kami:- Pusat Penyerahan Terbitan Negara Aras 2, Anjung Bestari, 232, Jalan Tun Razak 50572 Kuala Lumpur Tel :603-2687 1940/1942/1772/1941 Faks: 603-2693 7235 Laman web:  http://www.pnm.gov.my Email: pptn@pnm.gov.my Penerbit disyaratkan untuk  menyerahkan semua bahan  perpustakaan yang diterbitkan di negara ini kepada Pusat Penyerahan Terbitan Negara. Seksyen 4(1) memperuntukkan supaya  5 naskhah  bahan bercetak diserahkan dalam masa  1 bulan  dari penerbitannya untuk buku dan  1 minggu   bagi  terbitan bersiri,  sementara Seksyen 4(2) memperuntukkan supaya  2 naskhah  bahan tidak bercetak diserahkan dalam m